Follow us on Twitter
Solat atau Sembahyang? Solat laaa...

0

Comments

Solat atau Sembahyang? Solat laaa...

Julai 09, 2010 Kdabb by zairolhamisam

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

Laman Web KDABB kini disenaraikan dlm Google Maps!

0

Comments

Laman Web KDABB kini disenaraikan dlm Google Maps!

Jun 30, 2010 Kdabb by zairol

Kini dengan bangganya saya nak war-warkan kepada semua pengunjung, laman web ini telah disenaraikan dlm carian maps.google.com.

Harap-harap lepas ni, senang lah nk promote kampung ni lagi ke mata dunia. woohooo!!

Najib, Rusly Derin dan Kenduri Kahwin?

0

Comments

Najib, Rusly Derin dan Kenduri Kahwin?

April 24, 2010 Kdabb by zairolhamisam

Atas permintaan bro saya iaitu En Norshahnizam Ramli a.k.a Amboi. Maka inisiatif untuk paparkan gambar beliau bersama perdana menteri malaysia diterbitkan.

Macammana nak akses facebook kalau kena block?

0

Comments

Macammana nak akses facebook kalau kena block?

Mac 04, 2010 Kdabb by zairolhamisam


Nah, tgk ni :
 

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 997x308.



kekekekek...


caranya :

1. Type kat address tu > http://zh-cn.facebook.com
2. Masukkan user id n pwd macam biasa.
3. Kena rajin explore untuk klik link mcm biasa dlm fesbuk, silap klik dia akan block. contoh paling senang nak access status sendiri, tambah je http://zh-cn.facebook.com/namasendiri
4. Kalau kita login pastu klik kat profile mcm biasa akan kena block! 5. Contoh lain, untuk pergi ke home, hanya perlu tambah http://zh-cn.facebook.com/home.php

Selamat Berjaya!
 

Sekolah Menengah KDABB!

0

Comments

Sekolah Menengah KDABB!

Februari 26, 2010 Kdabb by zairolhamisam

Wah!!.. Gempak sekali apabila Kampung Dato Abu Bakar Baginda kini memiliki sekolah menengahnya sendiri hasil usaha pelbagai pihak. Terima kasih kepada Ministry of Education kerana memilih lokasi kampung ini untuk memantapkan lagi ilmu di dunia dan di akhirat, InsyaAllah!

Sekolah Menengah Kampung Dato Abu Bakar Baginda
Jalan masuk ke SMKKDABB belum ada nama, pertandingan cipta logo sekolah perlu diadakan!

SMKKDABB
Dewan yang boleh memuatkan pelajar lebih kurang 3000 orang!

Ohh ya! SMKKDABB baru je memulakan sesi persekolahannya pada awal tahun ni, jadi, hanya pelajar tingkatan 1 & 4 sahaja yang merasmikan dulu! :D