
Tn.Haji Rusli Derin
Bismilahirrahmanirrrahim,
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
Alhamdulillah, Setiggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kehadrat Allah Subhanahu wataala di atas segala nikmat kurniaanNya.Ingatlah pengembaraan dalam dunia ilmu pengetahuan tidak ada titik tolaknya,falsafah pendidikan Islam ialah menunutut ilmu sepanjang hayat. Pendidikan mestilah berteraskan penorakaan ilmu di setiap bidang. pendididkan adalah bermatlamat melahirkan manusia yang kuat, jati diri,berdikari dan bertanggungjawab kepada diri sendiri,keluarga,agama dan tamaddun.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan TAHNIAH dan terima kasih kepada unit Teknologi Maklumat Kampung Dato Abu Bakar Baginda yang diketuai oleh saudara Zairolhamisam Mohamed Rani kerana sentiasa memperkembangkan idea dan buah fikiran demi kebaikan semua dalam memperkenalkan laman web ini, Saya amat berharap dengan adanya laman web ini, maka secara tidak langsung dapat memperkenalkan Kampung Dato Abu Bakar Baginda dan Malaysia amnya kepada dunia.
Semoga usaha murni beliau dirahmati Allah S.W.T dan berkekalan selamanya.
Salah Ukhuwah,
Tuan Haji Rusli Derin


