Apa yang saya dapat simpulkan mengenai isu sampah yang sedang menjadi topik hangat di kedai-kedai kopi kdabb sekarang ini adalah :
Penyelesaian
1. Gunakan tong sampah yang berpenutup untuk MENGURANGKAN bau sampah dan mengelakkan sampah dikerumuni LALAT
2. Sewa tapak di tanah penduduk yang jauh sedikit dari rumah
3. Lakukan rondaan/pengawasan di tapak pembuangan sampah di atas bukit (shortcut ke sungai merab dulu)
4. Sita & Saman (S&S) Pemilik tanah dan lori yang membuang sampah di atas bukit.
5. Beri sesuatu sebelum mengambil sesuatu (Give and Take), contoh: Sumbangkan papan tanda nama jalan di kampung dato abu bakar baginda, Jalan Dahlia, Jalan Anggerik, Jalan Cempaka Biru, Jalan Kemboja, Jalan Mawar Putih dan macam2 lagi nama bunga.
Cara terakhir yang saya nampak mereka akan lakukan adalah:
1. Teruskan agenda YAHUDI ini ( sama je macam kes bilamana minyak petrol naik dulu, rakyat akan bising, lama-lama senyaplah ), kutip je duit RM10 dari setiap rumah. Mari kita saksikan sedutan babak drama ini :
Penguatkuasa MPS : Assalammualaikum Pakcik, Saya mewakili MPS datang untuk mengutip yuran sampah sebanyak RM10 untuk bulan ni.
Penduduk : Waalaikummussalam, tapi Encik, Saya tak buang sampah kat tong yang MPS letak tepi rumah saya ni, saya sendiri tak sanggup nak buang kat situ, bukan saja bau, lalat pun banyak!
Penguatkuasa MPS : Pakcik boleh buat aduan secara online di laman web MPS, Nanti pihak kami akan cuba selesaikan masalah ni.
Penduduk : Tapi saya tak tau guna komputer, apatah lagi internet2 ni. mana saya tau.
Penguatkuasa MPS : Takpe Pakcik, Pakcik buat bayaran ni dulu, nanti saya buat laporan mengenai masalah ni.
Penduduk : Saya dah cakap dari awal dulu, memang saya tak mampu untuk bayar rm10 ni. Saya tinggal berdua je kat rumah ni. Anak-anak semua dah ada keluarga sendiri, kadang2 je mereka balik jenguk kami di rumah, dan terus terang saya katakan, saya buang sampah di selekoh ke MPI sana.
Penguatkuasa MPS : [ blah dengan hampa ; ]
2. Bermesyuarat dengan wakil2 kampung yang hebat bagi memperelokkan lagi isu ini.
3. Mencari lokasi yang lebih strategik dan tidak mudah dimanipulasi.
Bagi pendapat saya secara peribadi, memang usaha yang dibuat ini adalah MURNI, cuma tak kena gaya dan masanya. Bak pepatah melayu, "Dah terhantuk, baru nak terADOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII"
P/S; Sumbangan pertandingan mencipta logo kampung kini RM300, sedang menunggu sumbangan ikhlas peniaga2 lagi.



















Comments
masalahnya bukan berpunca daripada Foreigner je.. Orang yang paling patut bertanggungjawa b adalah Landlord tu sendiri.
Agaknya dah xde sangat orang melayu kita yang nak sewa (kononnya,padah al ramai bertanya pada saya melalui website kdabb ni bertanyakan rumah sewa) .
Mungkinkah semenjak ada Foreigner ni lah yang menyebabkan isu sampah timbul..ye lah..semasa hayat saya di kdabb tahun 90'an dulu..tak pernah lak timbul isu ni, pastu masa tu mana lah ramai mat indon,bangla,ne pal,myammar,vie tnam kat kampung ni.
JKKK wajib ambik tahu pasal menda ni..ataupun JKKK menunggu PRU untuk dibubarkan? Adakah Selangor akan ditakluk di bawah AMNO-APCO ataupun Pakatan Khianat Rakyat? Mari kita saksikan!
JKK please do something....
RSS feed for comments to this post