Satu langkah drastik yang kurang bijak diambil oleh Unit Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang merujuk kepada sesi dialog di Kampung Dato Abu Bakar Baginda pada 8/10/2011 di Jalan Dahlia.

Tahukah anda bahawa setiap rumah di kdabb akan dikenakan cukai bagi tujuan perkhidmatan mengangkut sampah oleh Majlis Perbandaran Sepang? Jumlahnya pula adalah RM10/sebulan?

Tindakan ini saya fikir mungkin disebabkan salah satu faktor keluarnya berita di TV9 berkenaan kampung ini menjadi tempat pelupusan sampah, hakikatnya yang bertambah kaya adalah tuan tanah yang menjadikan tanah beliau lubuk sampah.

Kenapa pula baru sekarang ni pihak majlis baru terhegeh-hegeh nak sapu bersih duit penduduk kampung dengan menawarkan perkhidmatan yang tak semenggah ni?

Majlis Perbandaran Sepang masih lagi BELUM BELAJAR kesilapan masa lampau mereka, lihat saja tong sampah menghala ke Maktab Perguruan Islam dari arah Jalan Cempaka Biru, sampah bukan sahaja dibuang merata-rata, malah diatas lantai pun berlambak

Cadangan mereka supaya perlu ada tong sampah 'mini' bagi setiap sudut kampung adalah satu tindakan yang amat tidak bertamadun, dengan jadual kutipan sampah setiap 2 hari sekali, amatlah melucukan.Bahkan tong sampah diletakkan berhampiran dengan rumah penduduk.

Saya secara peribadi menjemput Yang di pertua Majlis Perbandaran Sepang :MOHD SAYUTHI BIN BAKAR tinggal disalah sebuah rumah yang berdekatan dengan tong sampah mini beliau bagi merasai pengalaman BAU sampah sepanjang malam.

UMNO mahupun PKR pun dah habis idea nak tackle belia kampung. Cuba menjadi HERO tapi akhirnya hilang TELO.