Seperti sebelum ini, sesetengah orang yang menghantar email kepada saya berbicara berkenaan isu politik yang mana sebenarnya dari awal lagi saya sudah menyatakan bahawa bertindak "TRANSPARENT" lebih baik.
Ada yang mengatakan bahawa saya adalah orang PKR (Ada gambar Khalid Ibrahim dalam Portal ni), ada juga kata UMNO (Ada artikel yang berkaitan Tun Dr Mahathir dan Adun Dato Marsum Paing), tak lupa juga mengatakan saya DAP (sebab saya pernah bersekolah di S.R.J.K (C) Yu Hua Kajang). Wahahahhaa..
Tetamu yang mengunjungi laman sesawang ini juga tidak lokek memberi pandangan dan nasihat serta tidak kurang juga memuji usaha murni yang sedang dibangunkan bagi mencapai Muafakat Komuniti.

Beginilah tuan-tuan dan puan-puan, kita anggap saja portal ini sebagai wadah perhubungan masyarakat, mana yang elok kita ceritakan, mana yang tak elok, kita bantu selesaikan.


















