Dek oleh kerana facebook yang ada sekarang melalui Kg. Dato Abu Bakar Baginda tidak diupdate dan diselenggara dengan baik, maka dengan ini inisiatif telah diambil bagi mewujudkan laman facebook yang baru.(Boleh Klik kat sebelah kanan bawah sekali >>>)

Untuk pengetahuan pengunjung, akaun fb kdabb yang lama mempunyai seramai lebih kurang 200 ahli dan dicipta oleh orang lain dan bukannya admin kdabb.com, diharap dengan wujudnya "up to date content" dan pendekatan secara interaktif antara penduduk melalui laman fb yang baru, akan dapat memberi manfaat kepada seluruh penduduk dan DUNIA amnya.

Banner FB yang ada di FB baru menampilkan pintu gerbang Kampung Dato Abu Bakar Baginda itu sendiri disamping Potret Sultan Selangor yang menandakan bahawa Kesultanan Melayu masih diangkat dan menjadi tonggak utama dalam pentadbiran Negeri Selangor.

Merujuk pada terjemahan isi kandungan laman web pula, saya belum berkesempatan untuk membuat terjemahan secara manual, terjemahan yang ada sekarang amat mengelirukan kerana ia berfungsi secara "Terjemahan Automatik". Ada ayat-ayat yang kelakar bila kita cuba terjemah melalu auto translation disebelah atas kanan ini.

Sekarang ni, saya memerlukan 1-2 orang sukarelawan dari kalangan BELIA yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik untuk membantu menyumbang masa, tenaga dan KEBIJAKSANAAN dalam menguruskan laman web kdabb.com bersama-sama.