Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat Daerah Sepang telah diadakan di Perkarangan Rumah Tuan Haji Rusly Bin Derin selaku Pengerusi JKKP Kg Dato Abu Bakar Baginda pada 9/10/2011 bermula jam 8mlm-11mlm.

jamuan

Majlis dimulakan dengan dentuman bunga api bagi menyambut kedatangan Y.B. Dato' Ir. Mohd Zin bin Mohamed, Adun Sepang.

Sebanyak lebih kurang 8 buah gerai yang rata-ratanya penduduk/peniaga di kampung dato abu bakar baginda mengambil bahagian, antara juadah yang disediakan termasuklah Lemang, Roti Canai, ABC, Cendol, Char Kue Tiaw, Ayam Goreng, Soto, Nasi Goreng dan macam-macam lagi juadah hari raya.

Sambutan dari penduduk Kampung Dato Abu Bakar Baginda dan sekitarnya amatlah memberangsangkan, sampaikan tiada tempat duduk lagi, ya, penuh sesak!

Admin : Bagi pendapat saya secara peribadinya:

1. Penampilan biasa-biasa sahaja tanpa memakai baju melayu bagi VIP adalah tidak wajar kerana ini adalah sambutan hari raya yang dianjurkan oleh UMNO/BN.

2. Sebelum pergi ke jamuan tersebut, Hamba Allah ada memberitahu bahawa YB orang yang agak sombong kerana tidak senyum dan memandang muka orang yang bersalam dengannya.

3. Ternyata apa yang diberitahu oleh Hamba Allah tersebut ada KEBENARANNYA kerana saya sempat bersalam dengan YB semasa datang dan pulang.

4. Saya lebih RESPECT kepada Y.B. Dato’ Marsum bin Paing yang mana TIDAK pernah lokek memberi senyuman dan bertanya khabar sewaktu bersalam dengannya.

5. Sepatutnya ini adalah peluang yang terbaik untuk bermesra dengan rakyat kerana PRU akan tiba tidak lama lagi.

P/S: Teringat semasa bersalam dengan YB Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir semasa pelancaran laman web couponhouz.com, beliau sentiasa tersenyum dan bertanya khabar.Inilah yang rakyat mahu. Juga teringat perjuangan Dato' Harun Idris (22 Disember 1925 – 19 Oktober 2003) yang diceritakan oleh ABAH saya semasa beliau menjadi antara orang kuat UMNO suatu ketika dahulu semasa peristiwa 13 Mei.