Saya telah berjumpa dengan Tuk Ketua Kampung kita iaitu Saudara Tn Haji Norazhar tempohari, tujuan tidak lain dan tidak bukan untuk mendapatkan Autograf beliau selaku Pengerusi JKKK Kdabb bagi Pertandingan Blog Kampung.
Beliau kebetulan baru sahaja pulang dari menziarahi warga emas di kdabb, saya memuji keikhlasan beliau dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua kampung kdabb.
Semasa berborak bersama beliau, saya ada bertanyakan logo kdabb, adakah ada atau masih belum tercipta? Beliau memaklumkan saya bahawa belum ada logo lagi bagi Kampung Dato Abu Bakar Baginda, dan dari situ timbullah IDEA untuk mewujudkan pertandingan mencipta logo KDABB.

Saya akan draf satu surat memohon sumbangan dari peniaga-peniaga di dalam kawasan kdabb bagi merancakkan lagi ganjaran yang akan diberikan kepada pencipta logo yang terpilih!
Borang penyertaan secara online juga akan saya sertakan di www.kdabb.com sedikit masa lagi!


















