Bersyukur saya kerana web upgrade dan update Kampung Dato Abu Bakar Baginda telah selamat dilaksanakan, saya juga ingin mengucapkan ribuan/jutaan terima kasih kepada Ketua Kampung, Kampung Dato Abu Bakar Baginda iaitu Tn Haji Norazhar Bin Hj Mohd Rawi atas kerjasama beliau dalam memberi serba sedikit maklumat berkaitan organisasi di kampung ini.

Saya mengharapkan agar laman web kampung yang tak seGAH laman web sosial yang lain ini dapat dimanfaatkan kepada seluruh penduduk Kampung Dato Abu Bakar Baginda dan kawasan sekitar secara amnya.

Sekiranya terdapat sebarang kenyataan yang kurang menyenangkan bagi diri anda, anggaplah ia sebagai suatu kritikan yang semata-mata ingin membina, saya teringat kisah salah sebuah institusi bank termuka dunia, yang mana Otai2 diletakkan disuatu tingkat sedangkan yang menerajui sistem bank itu hanyalah pegawai2 muda yang lebih kreatif dan bersikap lebih terbuka. Bagi saya itu adalah salah satu contoh terbaik untuk memantapkan organisasi, yang veteran boleh memberi nasihat melalui pengalaman mereka.