Kampung Dato Abu Bakar Baginda

Laman Web Kampung Pertama di Malaysia!

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Raya Kelima : Rumah Terbuka Tun Dr Mahathir

Kisah raya kelima bermula dengan janji daddy untuk untuk bawak en.mat noh ke rumah semi-d di desa saujana, nampak memang beliau berminat, lebih-lebih lagi sebab corner lot lak tu. rupa-rupanya "potential buyer" kita ni orang berniaga catering di salah sebuah agensi kerajaan di Putrajaya. Sebab tu lah dia nak cari rumah yang dekat dengan Putrajaya. Terkejut gak le dia cakap kos untuk minyak je rm1000 sebulan. macam-macam boleh beli tu.

 

alt

Berbalik kepada cerita raya kelima ni, kami mendapat 'seru' untuk ke rumah terbuka bekas Perdana Menteri Malaysia yang tercinta, iaitu yang amat berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad. Kami bertolak dari rumah kira2 jam 11 Pagi,Sebelum bertolak sempat lah juga tengok2 map dalam perisian Google Earth, ye le..walaupun dekat , takut gak tersesat. setibanya di The Mines Shopping Mall, saya berkata kepada isteri saya, "makk aiihh...berpuluh2 kereta dok parking kat bahu jalan ni." Saya takut nak buat macam depa tu, so ambik langkah berhati2 dengan meletakkan kereta di kawasan lapang. Kayalah bangla-bangla yang kenakan bayaran Rm2 untuk 1 kereta tu..

alt

{xtypo_alert}Berat Saufi ni 11 Kilogram tau!{/xtypo_alert}

Dah tu pulak, kami terpaksa berjalan kaki dengan panas terik tu sejauh lebih kurang 1KM untuk ker umah tun, bole le pulak terlupa nak bawak stroller saufi, adeii..terpaksalah dukung dia sambil berjalan. penat woooo...

Pos berkaitan:

relatedArticles

Add comment


Security code
Refresh